Thursday, May 19, 2011

Kategori Dipertandingkan

-) Pemilihan peserta-peserta solo/individu mahupun regu/kumpulan akan dinilai melalui kehebatan persembahan bukan pertempuran menerusi 3 persembahan iaitu:
a) Senjata
    -Para peserta dikehendaki menunjukkan kehebatannya bermain apa jua bentuk senjata yang lazimnya digunakan dalam seni persilatan di Malaysia.
b) Kosong
    -Para peserta perlu menunjukkan gerak, buah, dan seni silat yang mereka wakili
c) Tari
    -Peserta dikehendaki menunjukkan kehebatan dan kesenian silat tari yang mereka wakili


Anda berbakat???sertailah kami!

Wednesday, May 18, 2011

Syarat-syarat Penyertaan

A. PENYERTAAN
  • "LANGKAH PANGLIMA" ini terbuka kepada mereka yang berumur 17-38 tahun, LELAKI dan PEREMPUAN yang mempelajari ilmu persilatan Melayu di Malaysia dimana ianya akan dibuka kepada 2 (dua) kategori penyertaan iaitu:
1. Solo / Individu (Solo Lelaki dan Solo Perempuan)
2. Regu / Kumpulan (Regu Lelaki dan Regu Perempuan)


B. PEMILIHAN PESERTA
  • Pemilihan peserta akan dinilai dan dipilih menerusi ujibakat pemilihan yang akan diadakan selama 2 hari di setiap negeri di Malaysia bermula dengan:
JOHOR -> MELAKA -> NEGERI SEMBILAN -> SELANGOR -> PERAK -> KUALA LUMPUR -> KEDAH -> PULAU PINANG -> PERLIS -> KELANTAN -> TERENGGANU -> PAHANG ->SARAWAK -> SABAH
  • Peringkat pertama pemilihan hanya 48 peserta (68 orang) sahaja yang akan dipilih sebelum diserap masuk ke dalam Kem Latihan. Pemilihan akan dipecahkan mengikut:
a) 14 Peserta Solo / Individu Lelaki
b) 14 Peserta Solo / Individu Perempuan
c) 10 Pasukan Regu / Kumpulan Lelaki
d) 10 Pasukan Regu / Kumpulan Perempuan

Program Realiti "Langkah Panglima"

-->Program Realiti TV 2011/2012 yang menarik minat penonton di Malaysia akan digemparkan dengan kehadiran satu lagi program realiti televisyen yang dijangka menarik minat ramai peseta mahupun penonton.
-->Diilhamkan dari kejayaan Program Realiti Tempatan yang berjaya seperti MyTeam dan inspirasi dari Program Realiti Antarabangsa "The Contender" maka muncullah program realiti tv yang diberi nama "LANGKAH PANGLIMA"


-->"LANGKAH PANGLIMA" adalah satu pertandingan yang memfokuskan kepada seni pertahanan diri khususnya Silat Melayu di Malaysia. Bakat peserta akandicungkil melalui pemilihan pesilat yang akan diadakan di setiap negeri di Malaysia dan seterusnya peserta yang terbaik akan dipilih untuk menyertai pertandingan bagi mendapatkan seorang JUARA yang terulung dalam seni silat melayu di negara kita.
-->Bidang dan pertandingan seni silat ini dipaparkan dengan menarik agar dapat menarik minat generasi baru terutamanya kanak-kanak untuk meminati dan menyambung seni silat warisan negara agar ianya tidak lenyap dari dimamah teknologi yang serba moden dan juga pengaruh budaya luar.
-->Antara nilai-nilai murni yang akan diterapkan dalam "LANGKAH PANGLIMA" ini adalah:


1)Persahabatan
2)Kesabaran
3)Akur Diri
4)Kehormatan
5)Disiplin
6)Jati Diri
7)Ketahanan Mental dan Fizikal
8)Semangat Kerjasama Berpasukan




Setiap peserta yang kalah mahupun menang akan diyakini dalam ertikata kesukanan bukan sekadar menjulang kejayaan malah memahami erti kekalahan untuk meningkatkan jati diri yang hakiki.
-->Sehubungan itu, penerbitan program realiti tv seumpama ini diharap dapat mempelopori minat dan cintakan seni silat melayu dikalangan masyarakat Malaysia.


Pengiraan markah berdasarkan 50-50 iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% daripada penonton setiap minggu...


NANTIKAN KEMUNCULANNYA~~~!!!