Wednesday, May 18, 2011

Program Realiti "Langkah Panglima"

-->Program Realiti TV 2011/2012 yang menarik minat penonton di Malaysia akan digemparkan dengan kehadiran satu lagi program realiti televisyen yang dijangka menarik minat ramai peseta mahupun penonton.
-->Diilhamkan dari kejayaan Program Realiti Tempatan yang berjaya seperti MyTeam dan inspirasi dari Program Realiti Antarabangsa "The Contender" maka muncullah program realiti tv yang diberi nama "LANGKAH PANGLIMA"


-->"LANGKAH PANGLIMA" adalah satu pertandingan yang memfokuskan kepada seni pertahanan diri khususnya Silat Melayu di Malaysia. Bakat peserta akandicungkil melalui pemilihan pesilat yang akan diadakan di setiap negeri di Malaysia dan seterusnya peserta yang terbaik akan dipilih untuk menyertai pertandingan bagi mendapatkan seorang JUARA yang terulung dalam seni silat melayu di negara kita.
-->Bidang dan pertandingan seni silat ini dipaparkan dengan menarik agar dapat menarik minat generasi baru terutamanya kanak-kanak untuk meminati dan menyambung seni silat warisan negara agar ianya tidak lenyap dari dimamah teknologi yang serba moden dan juga pengaruh budaya luar.
-->Antara nilai-nilai murni yang akan diterapkan dalam "LANGKAH PANGLIMA" ini adalah:


1)Persahabatan
2)Kesabaran
3)Akur Diri
4)Kehormatan
5)Disiplin
6)Jati Diri
7)Ketahanan Mental dan Fizikal
8)Semangat Kerjasama Berpasukan




Setiap peserta yang kalah mahupun menang akan diyakini dalam ertikata kesukanan bukan sekadar menjulang kejayaan malah memahami erti kekalahan untuk meningkatkan jati diri yang hakiki.
-->Sehubungan itu, penerbitan program realiti tv seumpama ini diharap dapat mempelopori minat dan cintakan seni silat melayu dikalangan masyarakat Malaysia.


Pengiraan markah berdasarkan 50-50 iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% daripada penonton setiap minggu...


NANTIKAN KEMUNCULANNYA~~~!!!

2 comments:

Anonymous said...

bile??

Langkah Panglima (Reality Show Upcoming) said...

Insya-Allah dalam masa terdekat (tahun ini)..pencarian bakat akan bermula pada bulan hadapan jika tiada aral