Wednesday, May 18, 2011

Syarat-syarat Penyertaan

A. PENYERTAAN
  • "LANGKAH PANGLIMA" ini terbuka kepada mereka yang berumur 17-38 tahun, LELAKI dan PEREMPUAN yang mempelajari ilmu persilatan Melayu di Malaysia dimana ianya akan dibuka kepada 2 (dua) kategori penyertaan iaitu:
1. Solo / Individu (Solo Lelaki dan Solo Perempuan)
2. Regu / Kumpulan (Regu Lelaki dan Regu Perempuan)


B. PEMILIHAN PESERTA
  • Pemilihan peserta akan dinilai dan dipilih menerusi ujibakat pemilihan yang akan diadakan selama 2 hari di setiap negeri di Malaysia bermula dengan:
JOHOR -> MELAKA -> NEGERI SEMBILAN -> SELANGOR -> PERAK -> KUALA LUMPUR -> KEDAH -> PULAU PINANG -> PERLIS -> KELANTAN -> TERENGGANU -> PAHANG ->SARAWAK -> SABAH
  • Peringkat pertama pemilihan hanya 48 peserta (68 orang) sahaja yang akan dipilih sebelum diserap masuk ke dalam Kem Latihan. Pemilihan akan dipecahkan mengikut:
a) 14 Peserta Solo / Individu Lelaki
b) 14 Peserta Solo / Individu Perempuan
c) 10 Pasukan Regu / Kumpulan Lelaki
d) 10 Pasukan Regu / Kumpulan Perempuan

No comments: