Monday, June 27, 2011

UJIBAKAT LANGKAH PANGLIMA

Makluman kepada semua pengunjung laman blog kami,

Ujibakat untuk Langkah Panglima akan diadakan pada bulan September 2011.
Antara kategori yang akan dipertandingkan ialah:

a) Solo Putera dan Puteri
b) Tempur Kosong Putera dan Puteri
c) Tempur Senjata Putera dan Puteri

Untuk makluman semua pesilat dan pengunjung laman blog ini, seramai 68 peserta akan terpilih untuk menjadi peserta Langkah Panglima ini. Hanya yang benar² layak dan berkemahiran sahaja yang akan menjadi peserta Langkah Panglima dan akan diadili oleh juri profesional.

Anda semua mempunyai masa selama 3 bulan bermula pada hari ini untuk berlatih dan memperkemaskan langkah dan buah anda. Penilaian juri akan bertumpu kepada:

a) Kekemasan
b) Keserasian
c) Mewakili Seni Silat yang diceburi
d) Kecantikan buah dipersembahkan

Diatas adalah antara kriteria² yang akan diberi penekanan oleh juri profesional didalam memberi markah kepada persembahan para peserta.

Segala perubahan dan tambahan maklumat,akan dihebahkan melalui laman blog ini, Group Langkah PanglimaFan Page Langkah Panglima, dan Official Facebook Taqloq Sdn Bhd




Thursday, June 23, 2011

Mencari Pengacara

Update:

::::OPEN CASTING::::

AUDITION PENGACARA TV...UP COMING REALITY SHOW PROGRAM...

DATE : 2 JULY 2011
TIME : 10 am
ADD : TAQLOQ SDN BHD.
NO.66A,JALAN 6/21D,
MEDAN IDAMAN BUSINESS
CENTRE,53100,KL.

**LELAKI & PEREMPUAN
**AGE:18-30
**PROFILE/PORTFOLIO AND PICTURE
(advantage-background Silat)


ANYTHING CAN CALL OFFICE:
03-40240779(yaya)
KEDATANGAN ANDA DI ALU-ALUKAN.. tq

Wednesday, June 22, 2011

Kumpulan Teknikal

Dibawah adalah senarai 3 pegawai yang tertinggi dan senarai nama Ahli Jawatankuasa Teknikal yang akan terlibat dalam program Langkah Panglima sebagai pegawai dalam Kumpulan Teknikal Langkah Panglima. Kredibiliti dan sejarah setiap pegawai ini tidak perlu disangkal lagi apabila secara keseluruhannya, mereka terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam dunia persilatan negara. Mungkin pelawat-pelawat blog kami ini mengenali mereka dan mungkin sebaliknya. Berikut adalah senarai pegawai-pegawai teknikal Langkah Panglima:


Nama
Shabarudin Bin Che Ani.
Umur
45 Tahun.
Tempat Asal
Kedah.
W/Negara
Malaysia.
Pekerjaan
Pesara Tentera.
Nama Perguruan
Tempur Tanpa Senjata. Angkatan Tentera Malaysia.


Bil
Perkara
Pencapaian
1.
Kursus Jurulatih Silat Olahraga Kebangsaan Tahap 2. PESAKA M’sia
Lulus.
2.
Kursus Jurulatih Silat Olahraga Kebangsaan Tahap 1. PESAKA M’sia
Lulus.
3.
Kursus Wasit Juri Kebangsaan Tahap 3.PESAKA Kuala Lumpur.
Lulus.
4.
Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke 7, Melaka.
Jurulatih.
5.
Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke 8, Pulau Pinang.
Jurulatih.
6.
Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke 12, Kuala Lumpur.
Jurulatih.
7.
Pertandingan Pencak Silat Jemputan Negara Brunei Darul Salam.
Jurulatih.
8.
Sukan Sea XXI, Kuala Lumpur, Malaysia.
Jurulatih.
9.
Sukan Sea, Singapura.
Jurulatih.
10
World Pencak Silak Championship, Pulau Pinang.
Jurulatih
11.
14th Asian Cames, Busan, Korea Selatan.
Jurulatih
12.
Kejuaraan Silat Remaja Dunia, Vietnam.
Jurulatih.



Nama
Ahmad Bakhtiar Bin Babjan.PJK.PPA.
Umur
53 Tahun.
Tempat Asal
Selangor.
W/Negara
Malaysia.
Pekerjaan
Jurulatih Fightback Academy.
Nama Perguruan
Pencak Silat Rahsia Sendi (Fightback).


Bil
Perkara
Pencapaian
1.
Kursus Pencak Silat Seni Antarabangsa. Kuala Lumpur.
Lulus.
2.
Kursus Sain Sukan (Tahap 1). MSN Kuala Lumpur.
Lulus.
3.
Kursus Tenaga Pengajar Silat Olahraga. Ipoh Perak
Lulus.
4.
Kursus Wasit Juri Kebangsaan Tahap 3. PESAKA Malaysia.
Lulus.
5.
Kursus Jurulatih Silat Seni. Besut, Terengganu
Fasilitator.
6.
Pertandingan Pencak Silat Jemputan Negara Brunei Darul Salam.
Peserta ( Perak).
7.
Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke 4. Negeri Sembilan.
Jurulatih.
8.
Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke 5. Selangor.
Jurulatih.
9.
Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke 6. Kedah.
Jurulatih.
10.
Kejuaraan Silat Seni Kebangsaan. Kuala Terengganu.
Jurulatih.
11.
Kejuaraan Silat Kebangsaan dan Jemputan Asean.Kuala Lumpur.
Jurulatih.
12.
Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke 8. Pulau Pinang.
Pengurus.
13.
Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke 11. Kuala Lumpur.
Pengurus.
14.
Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke 12 Jemputan Antarabangsa KL.
Pengurus.
15.
Kejuaraan Silat Nusantara Pertama. Johor Baharu.
Pengurus.
16.
Kejuaraan silat Nusantara Kedua. Selangor.
Pengurus.
17.
Kejuaraan Silat Kebangsaan Ke 7. Melaka.
Hakim Silat Seni.
18.
Kejuaraan Dunia Pencak Silat. Jakarta Indonesia.
Hakim Silat Seni.
19.
Kejuaraan Silat Remaja Dunia Pertama. Vietnam.
Hakim Silat seni.
20.
Sukan Malaysia (Sukma).Pulau Pinang.
Pegawai teknikal.
21.
Sukan Sea XV. Kuala Lumpur.Malaysia.
Pegawai teknikal.
22.
Sukan Sea XXI. Kuala Lumpur. Malaysia.
Pegawai teknikal.
23.
World Pencak Silat Championship. Pulau Pinang. Malaysia.
Pegawai teknikal.
24.
14th Asian Cames. Busan. Korea.
Pegawai teknikal.

Nama
Azmi Bin Abdullah.
Umur
44 Tahun.
Tempat Asal
Pulau Pinang.
W/Negara
Malaysia.
Pekerjaan
Berniaga.
Nama Perguruan
Pencak Silat Rahsia Sendi (Fightback).

Bil
Perkara
Pencapaian
1.
Sony Electronic (M) Sdn Bhd.
Jurutera Kanan.
2.
Sony Electronic. Indonesia.
Jurutera Kanan.
3.
Kursus Automasi Mesin. Jepun.
Lulus.
4.
Kursus Automasi & Iventori. Singapura.
Lulus.
5.
ARM Vision Sdn Bhd. (sup con Sony Electronic).
Pengarah.
6.
Nuko Corporation Sdn Bhd.
Pengarah.
7.
Produk Elotronik Haji.
Pengarah.
8.
Produk e Haji. (United Kindom, Indonesia, Hong Kong, Bangladesh).
Pengarah.
AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL

  1. Mustafa Bin Abu Bakar
  2. Haji Shaharudin Bin Md Ros
  3. Haji Chin Bin Hajeed
  4. MOhamad Bin Mat Amin (PJK)
  5. Haji Othman Bin Jupri
  6. Mohammad Azmi Bin Haji Ibrahim
  7. Kamarul Ariffin Bin A. Latib
  8. Md Yusof Bin Haji Nordin
  9. Norazman bin Naim

Tuesday, June 21, 2011

T.E.R.B.I.T.A.N

Terbitan, idea asal, dan konsep Program Realiti TV "Langkah Panglima" ini dihasilkan oleh produksi swasta yang ditakluki oleh Lembaga Pengarah, En. Asmadie Mokhadar dan En. Nazlizam Rusli dibawah bumbung syarikat yang dikenali sebagai TAQLOQ SDN. BHD.

TAQLOQ SDN. BHD. (887360H) adalah sebuah syarikat Produksi Penerbitan, Pengurusan Acara, Pengurusan Artis, Percetakkan dan Premium yang mula bertapak pada tahun 2008. Beroperasi di Medan Idaman Business Centre, Kuala Lumpur. 

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh syarikat TAQLOQ SDN. BHD. ialah menerbitkan rancangan dokumentari, telemovie, dan drama episod untuk tatapan masyarakat Malaysia, antaranya Disini Permataku, Rentak dan Gerak, Anak Kerak, Pabila Inang Berdendang, KL Menjerit Series, Hujan Emas, Rindu Bertasbih, Fail Bukit Aman, dan banyak lagi.

Menyahut cabaran Kementerian, Kesenian dan Warisan Malaysia untuk menjana lebih banyak program yang dapat mempertontonkan budaya dan warisan tanahair, TAQLOQ SDN. BHD. mengambil langkah untuk menerbitkan sebuah Program Realiti TV "LANGKAH PANGLIMA" yang berkisahkan tentang Seni Silat Melayu di Malaysia.

Pihak TAQLOQ SDN. BHD. berkeyakinan bahawa dengan siaran di stesen TV tempatan ini, mampu mengubah satu suasana yang sebelum ini dihiasi dengan program-program berbentuk hiburan semata-mata kepada program yang lebih sihat, segar, dan ilmiah.

Menurut Lembaga Pengarah TAQLOQ SDN. BHD., beliau sendiri merasakan program-program seperti ini kurang dijanakan khususnya buat generasi muda apatah lagi dalam usaha mengenal seni silat Melayu dan warisan tradisional, amat mendukacitakan. Justeru itulah, ianya melonjakkan lagi semarak TAQLOQ SDN. BHD. untuk menerbitkan program realiti TV "LANGKAH PANGLIMA" ini agar generasi muda dapat mengenal, melihat dengan lebih dekat sekaligus menanam minat untuk mempelajari dan mewarisi seni budaya kita.

Monday, June 20, 2011

Impak Langkah Panglima

Dibawah adalah senarai kesan² atau impak Langkah Panglima kepada individu dan juga masyarakat Melayu khususnya : 

  1. Menyatukan bangsa Melayu.
  2. Mengeratkan silaturrahim antara para peserta, penonton, dan juga guru-guru silat amnya.
  3. Mampu untuk membangkitkan perasaan sayang dan cinta orang Melayu terhadap warisan seni Melayu ini.
  4. Mampu menggalakkan orang² yang tidak tahu mengenai ilmu persilatan untuk mempelajari silat.
  5. Mengagungkan seni pertahakan diri warisan Melayu lebih daripada seni pertahankan diri dari luar negara.
  6. Membentuk peribadi yang baik, bertoleransi, dan berdaya saing untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik.
  7. Melahirkan individu² yang cerdas, cergas, dan berdisiplin.
  8. Menggalakkan pertukaran idea, ilmu, dan semangan kesukanan sesama peserta.
  9. Mengubah persepsi orang ramai mengenai silat.
  10. Mampu membentu satu komuniti Melayu khasnya untuk bertukar pandangan, pendapat, dan idea secara rasional, betul, dan harmoni.
  11. Mampu menggalakkan bangsa² lain di Malaysia untuk mempelajari dan mendalami keindahan dan kecantikan silat.
  12. Menjadikan program ini sebagai perintis dan pemangkin untuk orang lain menerbitkan program² ilmiah dengan lebih banyak.
  13. Memupuk semangat kesukanan secara langsung oleh peserta dan tidak langsung oleh para penonton dan guru² silat di Malaysia.