Tuesday, June 21, 2011

T.E.R.B.I.T.A.N

Terbitan, idea asal, dan konsep Program Realiti TV "Langkah Panglima" ini dihasilkan oleh produksi swasta yang ditakluki oleh Lembaga Pengarah, En. Asmadie Mokhadar dan En. Nazlizam Rusli dibawah bumbung syarikat yang dikenali sebagai TAQLOQ SDN. BHD.

TAQLOQ SDN. BHD. (887360H) adalah sebuah syarikat Produksi Penerbitan, Pengurusan Acara, Pengurusan Artis, Percetakkan dan Premium yang mula bertapak pada tahun 2008. Beroperasi di Medan Idaman Business Centre, Kuala Lumpur. 

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh syarikat TAQLOQ SDN. BHD. ialah menerbitkan rancangan dokumentari, telemovie, dan drama episod untuk tatapan masyarakat Malaysia, antaranya Disini Permataku, Rentak dan Gerak, Anak Kerak, Pabila Inang Berdendang, KL Menjerit Series, Hujan Emas, Rindu Bertasbih, Fail Bukit Aman, dan banyak lagi.

Menyahut cabaran Kementerian, Kesenian dan Warisan Malaysia untuk menjana lebih banyak program yang dapat mempertontonkan budaya dan warisan tanahair, TAQLOQ SDN. BHD. mengambil langkah untuk menerbitkan sebuah Program Realiti TV "LANGKAH PANGLIMA" yang berkisahkan tentang Seni Silat Melayu di Malaysia.

Pihak TAQLOQ SDN. BHD. berkeyakinan bahawa dengan siaran di stesen TV tempatan ini, mampu mengubah satu suasana yang sebelum ini dihiasi dengan program-program berbentuk hiburan semata-mata kepada program yang lebih sihat, segar, dan ilmiah.

Menurut Lembaga Pengarah TAQLOQ SDN. BHD., beliau sendiri merasakan program-program seperti ini kurang dijanakan khususnya buat generasi muda apatah lagi dalam usaha mengenal seni silat Melayu dan warisan tradisional, amat mendukacitakan. Justeru itulah, ianya melonjakkan lagi semarak TAQLOQ SDN. BHD. untuk menerbitkan program realiti TV "LANGKAH PANGLIMA" ini agar generasi muda dapat mengenal, melihat dengan lebih dekat sekaligus menanam minat untuk mempelajari dan mewarisi seni budaya kita.

No comments: