Monday, June 27, 2011

UJIBAKAT LANGKAH PANGLIMA

Makluman kepada semua pengunjung laman blog kami,

Ujibakat untuk Langkah Panglima akan diadakan pada bulan September 2011.
Antara kategori yang akan dipertandingkan ialah:

a) Solo Putera dan Puteri
b) Tempur Kosong Putera dan Puteri
c) Tempur Senjata Putera dan Puteri

Untuk makluman semua pesilat dan pengunjung laman blog ini, seramai 68 peserta akan terpilih untuk menjadi peserta Langkah Panglima ini. Hanya yang benar² layak dan berkemahiran sahaja yang akan menjadi peserta Langkah Panglima dan akan diadili oleh juri profesional.

Anda semua mempunyai masa selama 3 bulan bermula pada hari ini untuk berlatih dan memperkemaskan langkah dan buah anda. Penilaian juri akan bertumpu kepada:

a) Kekemasan
b) Keserasian
c) Mewakili Seni Silat yang diceburi
d) Kecantikan buah dipersembahkan

Diatas adalah antara kriteria² yang akan diberi penekanan oleh juri profesional didalam memberi markah kepada persembahan para peserta.

Segala perubahan dan tambahan maklumat,akan dihebahkan melalui laman blog ini, Group Langkah PanglimaFan Page Langkah Panglima, dan Official Facebook Taqloq Sdn Bhd




No comments: