Saturday, June 18, 2011

T.U.J.U.A.N LANGKAH PANGLIMA


Salam semua!!!

Admin berharap, dengan program yang akan kami tampilkan kepada semua ini nanti, akan membentuk umat manusia yg taat kepada agama,bangsa dan negara.Membentuk jati diri bangsa Melayu supaya bangkit dari khayalan,mimpi kosong,dan berangan-angan mat jenin,menjadi bangsa yg kuat, kukuh,berani,berdaya saing, tahan fizikal dan mental,cerdik,cerdas, pintar, aktif, dan rela berkorban untuk agama, bangsa dan negara.

Hasrat kami dengan program Langkah Panglima ini, akan kembali memupuk semangat sesama bangsa Melayu, menghindarkan bangsa Melayu dari gejala-gejala yg tidak berfaedah, menyatu-padukan umat Islam dan bangsa Melayu,dan yg paling penting, kami disini berharap, ia menjadi pemangkin dan titik tolak untuk sebuah bangsa yang kita sayangi bangkit menjadi salah satu bangsa yangg disegani dan dihormati diseluruh dunia. Bukan lagi sebuah bangsa yang lembik,tidak berdaya saing, manja, pemalas dan semua label yg negatif. Itulah serba sedikit impian yang kami harapkan melalui program ini.

Tetapi, perjuangan ini bukan perjuangan kami di syarikat penerbitan mahupun bakal peserta silat kami sahaja, ia meliputi seluruh umat Islam dan bangsa Melayu. Kami memerlukan sokongan kalian semua untuk 'terjemahkan' hasrat hati kami,impian kami,dan cita2 kami kepada orang ramai. Manakan mampu kami untuk menahan org ramai patahkan sebatang lidi kami, tetapi kami yakin jika kalian semua bersama kami,manakan mampu orang ramai patahkan lidi-lidi yang banyak ini.

Semoga usaha kami dan anda semua akan menjadi titik tolak kepada pembangunan modal insan yg baik dan berkualiti...

Salam Ukhuwwah dari Kami untuk ANDA SEMUA....

p/s:sharing is caring

No comments: